INAI DAUN TEH ASLI

INAI DAUN TEH ASLI

INAI DAUN TEH ASLI 

Inai Daun Teh Asli atau dikenali sebagai Inai Dubai Daun Teh ini diformulasikan untuk mereka yang ingin kekalkan keaslian warna inai. Formula inai kuku yang di olah dengan pati daun teh asli yang telah diekstrak . Hasilnya sangat-sangat woww!!

 

Bahan Asas untuk Inai Daun Teh Asli ini?

Antara bahan asas untuk Inai Daun Teh Asli adalah Aqua, Ekstrak Pati Serbuk daun Teh (Tiada bahan pengawet dan pewarna).

 

Apakah kelebihan Inai Daun Teh Asli ini?

✔️ No Fading (tidak luntur)

✔️ Tahan lama sampai habis kuku

✔️ Tanpa pengawet & pewarna tambahan

✔️ Sah solat & Wuduk

✔️ Semakin lama semakin cerah/gelap warnanya

✔️ Penggunaan 3 – 6jam (lagi lama lagi gelap warna yang terhasil)

✔️ 100% dari pati daun teh asli

✔️Tidak perlu buff kuku.

 

Bagaimana Cara Guna Inai Daun Teh Asli ini ?

1. Cuci tangan sebelum guna. Lap sehingga kering.

2. Potong bahagian hujung kon, kemudian apply pada bahagian kuku.

3. Minimum pemakaian adalah 3 – 6 jam dan keatas. Untuk dapatkan warna yang lebih cantik, Seeloknya pakai waktu malam, esok pagi cuci.

4. Boleh ulang semula cara pakai untuk kepekatan warna

5. Tidak perlu buff kuku.

 

Adakah cara simpan Inai Daun Teh Asli berbeza dari inai kuku yang lain?

Ya . Cara simpan Inai Daun Asli ini berbeza daripada inai lain. Cara penyimpanan yang betul adalah sebelum atau selepas guna, pastikan inai disimpan dalam freezer/peti sejuk beku supaya inai tahan lama (1 tahun) . Kerana bahan yang digunakan adalah natural tanpa pewarna dan pengawet. (JANGAN SIMPAN INAI PADA SUHU BILIK SELEPAS GUNA)

 

Selepas selesai apply Inai Daun Teh Asli ni, apa hasil yang kita akan dapat?

1. Selepas cuci inai akan warna oren kekuningan sahaja.

2. Jangan risau warna inai akan makin gelap di hari seterusnya .

3. Kalau nak lagi gelap boleh apply skali lagi bila2 masa anda suka.

4. Lebihan inai WAJIB di simpan di peti sejuk tau untuk kekalkan warna dan kualitinya.

 

Apakah bau Inai Daun Teh Asli ini?

Inai Daun Teh Asli sedikit berbau asap oleh kerana cara untuk proses inai menggunakan serbuk teh yang dimasak menggunakan api.

 

Berapa lama masa yang perlu diambil untuk dapatkan warna yang gelap dan cantik ?

Masa yang diperuntukkan adalah selama 3-6 jam untuk dapatkan hasil yang gelap & cantik.

Jadi selepas 15-30 minit pemakaian, bila inai sudah mula kering, boleh sentuh dengan jari anda, jika tidak melekat pada kulit, boleh salotipkan bahagian kuku yang di apply inai agar inai tetap pada kuku sepanjang tidur anda dan cuci inai selepas anda bangun daripada tidur.

Paste inai ini takkan melekat dan comot jika bersentuhan. Jika anda inginkan kuku kelihatan cantik dan berkilau , sila buff kilat selepas menggunakan inai daun teh asli.

 

Jika ada sebarang tanda tanya berkenaan Inai Daun Teh Asli jenama sendiri ini, anda boleh dapatkan admin di talian sekarang !!

Leave a Reply