LABORATORY TESTING
Apa itu ”laboratory testing” ni sebenarnya?
Laboratory testing @ juga dikenali dengan perkataan lebih singkat iaitu Labtest atau lebih dikenali secara scientific sebagai Certificate of Analysis (COA) . COA adalah laporan penuh daripada makmal bagi memastikan sesuatu produk itu bebas dari kandungan merbahaya seperti merkuri, hidrokuinon, dan lain-lain bahan merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna sesuatu produk.
Pentingkah Laboratory Testing ini dijalankan?
Laboratory testing @ Labtest ini adalah sangat penting bagi memastikan produk kosmetik anda mempunyai bahan selamat untuk pengguna serta bagi memastikan produk yang dikeluarkan oleh anda mematuhi kehendak undang-undang di negara kita. Selain itu juga produk yang memiliki Certificate of Analysis (COA) ini adalah lebih kukuh dan dipercayai didalam pasaran.
Apakah ujian yang dilakukan sepanjang labtest ini keatas produk kosmetik anda?
Ujian labtest ini akan menggunakan Nutritional Facts mengikut Malaysia Standard dan juga International Standard. Jadi Heavy Metal Testing & Microbiology Testing akan diguna pakai keatas sample produk kosmetik anda.
Apa itu Heavy Metal Testing & Microbiology Testing ?
Heavy Metal Testing adalah ujian dimana kita ingin memastikan keselamatan produk tersebut bebas daripada bahan- bahan terlarang seperti merkuri, hidrokuinon, dan lain-lain.
Microbiology Testing pula adalah ujian dimana kita ingin memastikan tahap kebersihan sesuatu produk kosmetik dan ianya selamat untuk digunakan oleh pengguna.
Berapa lama tempoh ETA untuk labtest dijalankan dan bila Certificate of Analysis (COA) dikeluarkan?
Tempoh bagi proses labtesting ini mengambil masa 21-30 hari bekerja @ 3-4 minggu hari bekerja untuk siap sepenuhnya. Ianya juga bergantung kepada keadaan semasa.
Apa yang perlu disediakan jika kita ingin dapatkan servis bagi labtesting ini?
Selepas proses pembayaran bagi servis labtest ini dibuat, anda perlu menyerahkan sample produk anda seperti berikut:
- Solid product : 200g / sample
- Liquid Product : 200ml / sample
P/s: Sample perlulah dihantar didalam bekas yang bersih @ plastik bertutup (sealead) untuk elakkan sample tersebut rosak dan result lab yang dikeluarkan kurang memuaskan.
Contoh produk yang LULUS labtest & SELAMAT
Contoh produk yang TIDAK LULUS labtest & mengandungi bahan yang BAHAYA